Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum

Senarai  Sukatan Pelajaran

 
 

 

 

 

 

 

ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ke atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ke atas

 

ISI KANDUNGAN


 

1. KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KEBANGGAAN KITA BERSAMA.

Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada akad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.
Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, tema ini juga menyentuh tentang kewujudan petempatan-petempatan dan kerajan-kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

1.1

Latar belakang : Gugusan Kepulauan Melayu.
a. Petempatan-petempatan awal
b. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan dan kerajaan-kerajaan awal

1.2

Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.
a. Pengasasan Melaka oleh Parameswara
b. Melaka menjadi pusat perdagangan
c. Hubungan Melaka dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain.
d. Hubungan Melaka dengan negara luar
(Kaitkan dengan perkembangan di negeri China, India dan Siam)
e. Perluasan Wilayah Melaka.

1.3

Melaka menjadi pusat penyebaran Islam

a. Pengislaman Melaka.
[Kaitkan dengan perkembangan Dunia Islam].
b. Peranan Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

1.4

Berakhirnya pemerintahan Kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka.
a. Ketibaan orang-orang Portugis di Melaka.
[Kaitkan dengan perkembangan di Eropah menjelang abad ke 15: Zaman Penjelajahan]
b. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.
c. Usaha-usaha menegakkan kewibaan Kesultanan Melayu Melaka


2. KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU SELEPAS MELAKA MENJADI ASAS KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI MASA KINI.

Tema ini adalah tentang kemunculan semula kerajaan-kerajaan lain di Gugusan Kepulauan Melayu setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Di Semenanjung Tanah Melayu, Kerajaan Johor muncul sebagai satu kuasa dan pusat perdagangan yang hampir setanding dengan Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan-kerajaan lain juga semakin kukuh terutama apabila merosotnya kedudukan Johor selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Kerajaan-kerajaan inilah menjadi asas kerajaan-kerajaan negeri yang wujud sekarang.
Kemerosotan Melaka juga memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

Kekayaan sumber di negeri-negeri yang muncul itu menyebabkan bertambahnya minat dan kegiatan berbagai pihak, baik dari Gugusan Kepulauan Melayu sendiri mahupun kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, konflik dengan pihak-pihak berkenaan serta pergolakan politik di dalam negeri tidak mengubah struktur masyarakat bumiputra dan sistem ekonominya.
Oleh kerana tema ini menyentuh aspek-aspek sejarah negeri, pengkajian tentang sejarah tempatan dimasukkan.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

 
2.1

Johor menegakkan semula kewibawaan Kesulatanan Melayu Melaka

a. Pengasasan Kerajaan Johor
(Kaitkan dengan kemunculan Acheh)
b. Kegemilangan Kerajaan Johor
c. Kemerosotan kekuasaan
(kaitkan b dan c dengan peranan V.O.C dalam perdagangan rempah)

2.2

Kerajaan-kerajaan Melayu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu

a. Latar belakang
b. Bentuk pemerintahan
c. Kegiatan ekonomi
d. Kegiatan sosiolbudaya
e. Hubungan dengan kuasa tempatan, jiran dan kuasa luar

2.3

Sabah dan Sarawak

a. Latar belakang
b. (Kaitkan dengan kemunculan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)
c. Keadaan masyarakat
d. Kegiatan ekonomi

2.4

Aspek-aspek Sejarah Tempatan
Diantara unsur-unsur yang boleh dijadikan bahan kajian sejarah tempatan ialah :-

a. Sejarah perkembangan pentadbiran dan politik setempat
b. Sejarah perkembangan ekonomi setempat
c. Sejarah perkembangan sosial setempat
d. Sejarah institusi keagaman: bangunan masjid, kuil, tokong, gereja, yayasan , badan kebajikan dan sebagainya.
e. Sejarah institusi pendidikan setempat
f. Sejarah kebajikan masyarakat setempat - hospital, rumah orang tua, rumah anak yatim, kawasan perkuburan dan sebagainya.
g. Sejarah bangunan dan senibina setempat - bangunan kerajaan dan swasta, tugu, runtuhan dan sebagainya.
h. Tradisi setempat
i. Sejarah peristiwa
j. Tokoh-tokoh setempat
k. Sejarah asal usul seperti nama tempat, nama jalan
l. Cerita rakyat, legenda


3. KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN NEGARA KITA MENARIK KUASA LUAR UNTUK MENJAJAH NEGARA KITA

Tema ini membicarakan tentang perluasan pengaruh dan penjajahan British yang bertujuan untuk menikmati kemakmuran dan mengaut kekayaan di tanahair kita. Bermula dengan pengambilan Pulau Pinanag. British sedikit demi sedikit meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Akibat daripada campur tangan British dalam hal-ehwal tempatan, beberapa tokoh yang bencikan penjajahan bangun menentang british secara berasingan.

Dalam proses mengaut hasil bumi kita, British telah mengubah sistem ekonomi tradisional kepada bentuk komersial dan memperkenalkan industri serta penggunaan teknologi moden. Sehubungan dengan perubahan ekonomi ini, tumbuh bandar-bandar baru yang membawa kepada pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan moden dan perkhidmatan kesihatan. Penjajahan British juga mengakibatkan kemasukan orang-orang Cina dan India secara beramai-ramai dan terancang yang menjadi asas masyarakat berbilang kaum. Sistem pendidikan yang berasingan juga diperkenalkan.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

3.1

Negara Kita menghadapi dan mengalami proses perluasan pengaruh dan penapakan kuasa British

a. Pengambilan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
b. Campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
c. Sarawak di bawah pemerintahan Brooke dan Sabah di bawah Syarikat Borneo Utara
(kaitkan tajuk b dan c dengan Revolusi Perusahaan di Eropah)
d. Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor menerima penasihat British

3.2

Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British

a. Asas dan tujuan perjuangan
b. Bentuk perjuangan
c. Kesan-kesan

3.3

Penguasaan terhadap hasil bumi kita dan kesan-kesannya

a. Perusahan pertanian
b. Perusahan perlombongan
c. Pengeluaran hasil hutan
d. kesan-kesan
(Kaitkan a,b,c dan d dengan kemajuan sains dan teknologi)


4. TINDAK BALAS UTNUK MENEBUS MARUAH BANGSA DAN NEGARA

Tema ini memberi tumpuan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun untuk membebaskan tanahair kita dari belenggu penjajahan. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan melalui badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai asas dan arah tujuan yang tertentu. Tokoh-tokoh yang berjiwa nasionalis telah menyedarkan rakyat tentang semangat kebangsaan melalui pendidikan dan karya penulisan

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

4.1

Kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan tanahair.

a. Perkembangan dalam negeri : pendidikan, penulisan kreatif dan persuratkhabaran.
b. Pengaruh gerakan nasionalisme luar negeri.
(Kaitkan b dengan gerakan nasionalisme di Turki, Mesir, Indonesia, India China dan Pakistan)

4.2

Perjuangan badan-badan dan kesatuan-kesatuan menentang penjajahan.

a. Asas dan tujuan kegiatan.
b. Corak dan bentuk perjuangan.


 5. PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAHAIR.

Tema ini memaparkan detik-detik perjuangan rakyat ke arah menuntut kemerdekaan tanahair.

Pengalaman pendudukan Jepun di tanahair kita beraya menyemarakkan lagi semangat kebangsaan secara meluas di kalangan rakyat. Pembentukan Malayan Union telah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu melalui UMNO sehingga memaksa British menggantikannya dengan Persatuan Tanah Melayu 1948. Walaupun pada ketika negara kita dibawah ancaman komunis, perjaungan menuntut Kemerdekaan terus dipergiatkan lagi dengan penubuhan parti-parti siasah. Kerjasama antara kaum melalui UMNO, MCA, MIC mempercepatkan usaha ke arah pencapaian taraf kerajaan sendiri. Perjuangn rakyat ke arah menengakkan sebuah negaa yang merdeka dan berdaulat tercapai dengan perisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perubahan pentadbiran juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Perubahan ini adalah ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri.

Tema ni mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

 
5.1

Pendudukan Jepun di Negara kita.

a. Pemerintahan Jepun
b. Kesan-kesan pemerintahan Jepun
(Kaitkan a dan b dengan Prang Dunia Kedua. Perkembangan di Jepun dan pengalaman di negara-negara jiran)

5.2

Penentang terhadap Malayan Union

a. Pembentukan Malayan Union 1946
b. Penubuhan UMNO dan penentang orang Melayu
c. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.3

Ancaman Komunis

a. Penyusupan anasir Komunis
b. Langkah-langkah membanteras ancaman Komunis di Tanah Melayu

5.4

Kerjasama antara kaum ke arah Kemerdekaan.

a. Kemunculan dan perkembangan parti-parti siasah
b. Pembentukan Parti Perikatan - UMNO, MCA, MIC
c. Pilihanraya ke arah pembentukan Kerajaan sendiri.

5.5

Detik-Detik perisytiharan Kemerdekaan

a. Rombongan Merdeka 1956
b. Perundingan antara kaum dan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
c. Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1957
d. Pengisytiharan Kemerdekaan

5.6

Perubahan pentadbiran di Sabah dan Sarawak

a. Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak
b. Langkah-langkah ke arah berkerajaan sendiri


 6. PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

Tema ini membincangkan tentang penubuhan sebuah persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Penyatuan sebelas buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura dan Sarawak di dalam satu persekutuan yang lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutamanya daripada ancaman Komunis. Dalam proses pembentukkannya, gagasan ini menghadapi berbagai rintangan dari dalam dan luar negeri. Langkah-langkah diambil bagi meninjau pendapat dan kehendak rakyat terhadap gagasan Malaysia. Pada 16 September 1963 Malaysia diisytiharkan setelah perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani. Walau bagaimanapun pada tahun 1965 Singapura telah berpisah daripada Malaysia.

Tema ini menandungi tajuk-tajuk berikut ;-

6.1

Gagasan penubuhan Malaysia

a. Cadangan Tunku Abdul Rahman Putra
b. Tujuan dan cita-cita

6.2

Perkembangan politik menjelang penubuhan Malaysia

a. Di Singapura
b. Di Sabah
c. Di Sarawak

6.3

Cabaran-cabaran terhadap penubuhan Malaysia

a. Penentang dari dalam negeri
b. Penentang dari luar

6.4

Perjanjian dan perisytiharan Malaysia

a. Hasil-hasil tinjauan pendapat dan kehendak rakyat terhadap gagasan Malaysia
b. Perjanjian Malaysia 1963
c. Perpisahan Singapura 1965


7. PENGISIAN KEMERDEKAAN

Tema ini memaparkan perjuangan kita untuk membina sebuah negara yang berdaulat, aman, bersatupadu dan makmur. Penekanan diberi kepada usaha-usaha untuk mengisi Kemerdekaan yang telah diperjuangkan.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita bangga dengan keperibadian sendiri. Perlembagaan negara digubal bagi menjamin kerukunan hidup rakyat. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang kemas dan teratur bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Dasar-dasar pembangunan sosial ekonomi negara digubal bagi mempertingkatkan perpaduan dan menjamin kemakmuran bersama. Negara kita juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama serantau, hubungan antarabangsa dan keamanan dunia.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

7.1

Kedaulatan dan keperibadian negara kita

a. Yang di Pertuan Agong
b. Parlimen
c. Lambang-ambang negara - Bendera, Lagu Kebangsaan , Jata, Hari kebangsaan dan Raja Berperlembagaan
d. Rukunegara
e. Perlembagaan

7.2

Sistem pemerintah dan pentadbiran negara

a. Kerajaan Pusat
b. Kerajaan Negeri

7.3

Peningkatan perpaduan dan kemakmuran bersama

a. Pembangunan dan kemajuan ekonomi
b. Perkembangan pendidikan
c. Pembinaan kebudayaan kebangsaan

7.4

Malaysia dalam dunia antarabangsa

a. Dasar luar negera kita
b. Kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan serantau
c. Kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa

ke atas
|Kementerian Pendidikan Malaysia| Ke Alam Pendidikan |

Senarai Sukatan Pelajaran