Make your own free website on Tripod.com
 
MATLAMAT SEKOLAH

1. BIDANG AKADEMIK

Memberi pelajaran yang makimum dalam semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk membolehkan kefahaman pembelajaran yang menyeluruh dan sempurna dan pencapaian
potensi mereka dalam bidang-bidang tersebut di peringkat kerjaya dan hidup seterusnya.

2. BIDANG KO-KORIKULUM

Menanam nilai-nilai positif seperti semangat kerjasama, semangat kekitaan, kepimpinan dan sebagainya menerusi persatuan / kelab dan sukan.

MATLAMAT KHAS

1. Mewujudkan iklim sekolah yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk konsep Didikan Kasih dan Mesra, bekerjasama dan berbaik-baik sangka.

2. Meningkatkan disiplin di semua peringkat di sekolah (guru, pekerja dan pelajaran).

3. Mengembangkan penggunaan Teknologi Pendidikan.

4. Melaksanakan pendekatan bersepadu melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang bercorak akademik.

5. Mewujudkan profil am murid.

6. Menyelenggarakan rekod prestasi murid (di peringkat mata pelajaran dari segi penilaian dan pemulihan murid).

7. Mengadakan pemulihan dari segi pengajaran.

8. Mewujudkan satu sistem penyeliaan kurikulum yang berkesan.