Make your own free website on Tripod.com

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum

Senarai  Sukatan Pelajaran

Matlamat

Matlamat Pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal, mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanahair.


Objektif

Objektif pendidikan sejarah adalah untuk membolehkan pelajar:

1. Memahami perkembangan masyarakat dan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
2. Memahami dan menghargai ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
3. Menghargani usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan, dan tokoh-tokoh yang menghasilkan pembangunan negara.
4. Mempunyai kesedaran sejarah dalam pemahaman hakikat dan keadaan msyarakat dan negara masa kini.
5. Menganalisa, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secra rasional.
6. Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar daripada pengalaman sejarah.
7. Mempunyai kesedaran , kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.

|Kementerian Pendidikan Malaysia| Ke Alam Pendidikan |

Senarai Sukatan Pelajaran