Make your own free website on Tripod.com
Seuntai Bicara Pengetua SMKDARY  
Puan Shaleha binti Abdol
Puan Shaleha binti Abdol

Selamat Sejahtera.

Pertama-tama saya ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada para pengunjung yang mengunjungi LAMAN WEB SMKDARY. Sesungguhnya saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas pelancaran LAMAN WEB SMKDARY ini ke Rangkaian Internet. Semoga dengan kehadiran halaman ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub yang akan menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun ini akan lebih dikenali.
        Dewasa ini sistem Internet menjadi semakin penting bagi sesebuah negara dan ia suatu keperluan bagi kehidupan moden kerana kemampuannya membangunkan pelbagai bidang termasuk pendidikan. Warga pendidik khasnya seharuslah memperalatkan sistem yang terkini ini dengan cara yang boleh mendatangkan faedah yang maksima. Kemampuannya memindah data, imej dan suara dengan pantas dan cekap tanpa menghiraukan sekatan sempadan patut dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua.
        Ternyata pembinaan tamaddun cemerlang hanya dapat dihasilkan oleh manusia cekap. Kehadiran LAMAN WEB SMKDARY adalah tepat pada waktunya. Dalam menuju era teknologi maklumat, sekolah memerlukannya sebagai perantara dalam merealisasikan perhubungan yang nyata antara pihak sekolah dengan orang ramai terutama para ibu bapa dan bekas pelajar dan masyarakat. Laman ini merupakan bahan rujukan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia pada bila-bila masa yang diperlukan dengan cepat dan mudah. Pihak pentadbir dan para guru juga boleh dihubungi dengan segera melalui mel elektronik. LAMAN WEB SMKDARY ini sentiasa mengalu-alukan cadangan atau komen membina dari semua pihak demi kemajuan sekolah.
  Sekian. Terima kasih.