Make your own free website on Tripod.com
Menggunakan Resource File

Pelajaran 1
M/S 1 - M/S 2 - M/S 3 - M/S 4 - M/S 5 - M/S 6 - M/S 7 - M/S 8 - M/S 9 - M/S 10

Mengakses fail BMP, ICO dan CUR daripada Program
Sekarang anda mempunyai resource file yang mengandungi semua fail gambar di dalamnya.
Tetapi bagaimana caranya anda hendak  mengakses daripada program anda?

Mulakan dengan Projek baru, tambahkan  1 Picture Box (named Picture1) kepada form anda, dan masukkan kod di bawah ini ke dalam form anda:

Private Sub Form_Load()
    Picture1.Picture = LoadResPicture(101, vbResBitmap)
End Sub

 
Kod ini adalah untuk mengloadkan Bitmap yang diperolehi daripada Bitmap "Folder" dalam resource file, dengan ID 101, ke Picture Box.
Penerangan Kod:

Fungsi LoadResPicture untuk loadkan gambar dari resource file.

101 - adalah ID bagi gambar yang anda hendak loadkan. jika tiada terdapat Bitmap ID 101 dalam resource file, kejadiaan ralat akan berlaku.
Jika ID gambar anda adalah seperti  "Cube", anda perlu membuat perubahan pada aturcara seperti berikut:
Picture1.Picture = LoadResPicture("Cube", vbResBitmap)


vbResBitmap - Sebab gambar yang hendak anda loadkan adalah jenis Bitmap, dan ia berada di dalam Bitmap "Folder" dalam resource file.

Jika anda hendak loadkan Ikon dengan ID "myIcon", guna LoadResPicture("myIcon", vbResIcon)
dan jika anda hendak loadkan  cursor dengan ID "myCursor" maka gunakan LoadResPicture("myCursor", vbResCursor)

Kesimpulan:
Untuk loadkan fail BMP, Ico atau Cur daripada resource file gunakan:

LoadResPicture ("MyImageID", vbRes...)
Di mana vbRes...=vbResBitmap jika ia Bitmap file,
           vbRes...=vbResIcon jika ia Icon file, and
           vbRes...=vbResCursor jika ia cursor file.

Menu Utama